Caj perkhidmatan
Caj perkhidmatan
Caj Perkhidmatan berkuat kuasa mulai 01 Mei 2026
Jika anda dikehendaki membuat biometrik sebagai sebahagian daripada permohonan IRCC anda, anda perlu membayar yuran biometrik kepada Kerajaan Kanada. Bayaran yuran biometrik merangkumi:
Pengambilan cap jari dan foto digital anda di Pusat Permohonan Visa
Penghantaran dokumen anda, seperti pasport, antara IRCC dan Pusat Permohonan Visa dimana anda membuat biometrik
Ini bermakna jika anda membuat biometrik di Pusat Permohonan Visa, anda akan menerima satu perkhidmatan penghantaran pakej secara percuma. Perkhidmatan ini meliputi penghantaran dokumen anda dari Pusat Permohonan Visa ke IRCC dan, setelah IRCC membuat keputusan mengenai permohonan anda, kembali ke Pusat Permohonan Visa.
Terdapat beberapa pengecualian. Sila baca dengan teliti untuk melihat sama ada ia terpakai kepada anda:
Jika anda telah menggunakan satu perkhidmatan penghantaran pakej yang disertakan, anda perlu membayar caj perkhidmatan Penghantaran Pakej untuk menghantar sebarang dokumen tambahan kepada IRCC.
Jika anda membuat biometrik di satu lokasi Pusat Permohonan Visa dan menghantar dokumen anda di lokasi Pusat Permohonan Visa yang berbeza, anda perlu membayar caj perkhidmatan Penghantaran Pakej. Caj ini hanya dikecualikan jika anda menghantar dokumen di lokasi Pusat Permohonan Visa yang sama di mana anda membuat biometrik.
Jika anda tidak perlu membuat biometrik, anda perlu membayar caj perkhidmatan Penghantaran Pakej untuk menghantar dokumen anda kepada IRCC melalui Pusat Permohonan Visa.
Visa Transit:
Jika anda transit melalui Kanada dalam perjalanan ke negara lain, anda mungkin perlu memohon Visa Transit dan membuat biometrik. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu membayar yuran biometrik kepada Kerajaan Kanada. Oleh kerana anda tidak membayar yuran biometrik, anda perlu membayar caj perkhidmatan Penghantaran Pakej untuk menghantar dokumen anda kepada IRCC melalui Pusat Permohonan Visa.
Anda mungkin tidak memerlukan Visa Transit Kanada jika anda melancong ke Amerika Syarikat. Lawati IRCC untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Visa Transit dan siapa yang perlu memohonnya: IRCC - Transit through Canada.
Menghantar Permohonan Secara Fizikal kepada IRCC melalui Pusat Permohonan Visa:
IRCC hanya menerima permohonan secara dalam talian untuk kebanyakan program imigresen, tetapi terdapat beberapa pengecualian. Dalam sesetengah kes, anda mungkin boleh menghantar permohonan secara fizikal (dengan atau tanpa biometrik) kepada IRCC melalui Pusat Permohonan Visa. Menghantar permohonan secara fizikal melalui Pusat Permohonan Visa memerlukan bayaran Perkhidmatan Bantuan-Permohonan Bercetak – (setiap permohonan).
Kaedah Pembayaran
Untuk permohonan IRCC anda dan biometrik:
Yuran Kerajaan Kanada untuk permohonan anda hanya boleh dibayar secara dalam talian melalui laman web IRCC. Ketahui cara untuk membayar yuran ini di sini: IRCC - Cara membayar yuran anda.
Nota: Anda tidak boleh mendapatkan bayaran balik separa atau penuh bagi yuran Kerajaan Kanada di Pusat Permohonan Visa. Bayaran balik hanya boleh diminta dengan melawat IRCC dan menghantar permintaan bayaran balik. Ketahui lebih lanjut di sini: IRCC - Mohon bayaran balik.
Untuk perkhidmatan Pusat Permohonan Visa:
Secara peribadi - Pembayaran Tunai dan Kad Kredit/Debit di Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC) (MYR-Ringgit Malaysia)
Melalui Kiriman Pos -
Caj perkhidmatan boleh dibayar melalui draf bank (MYR – Ringgit Malaysia). Sediakan draf bank untuk Bayaran Perkhidmatan VFS atas nama “VFS (MALAYSIA) SDN. BHD.”
Atau dalam bentuk Bukti Pemindahan (Pemindahan Dalam Talian, ATM, Perbankan Mudah Alih, Perbankan Internet) dari mana-mana bank di Malaysia atas nama penerima “VFS (MALAYSIA) SDN. BHD.”. Pembayaran hendaklah dalam Ringgit Malaysia dan dalam jumlah yang tepat sahaja. Sila jangan membuat deposit tunai secara langsung ke dalam akaun STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BERHAD.
Dalam talian, sila klik di sini
Senarai pembayaran yang diterima di Pusat Permohonan Visa Kanada untuk Perkhidmatan Tambahan:
Caj Perkhidmatan VFS untuk Pengendalian Permohonan dan untuk Perkhidmatan Tambahan akan diterima melalui bayaran Tunai, Pemindahan Dalam Talian, Kad Kredit/Debit dan Draf Bank sahaja.
Untuk sebarang bayaran balik yuran yang dibayar kepada Kerajaan Kanada, sila klik di sini untuk meminta bayaran balik daripada Kerajaan Kanada.
Caj Perkhidmatan untuk Perkhidmatan yang ditawarkan di VAC
| Harga Perkhidmatan (Setiap Pemohon) | Jumlah didalam Dollar Kanada (termasuk Cukai) | Jumlah didalam Ringgit Malaysia (termasuk Cukai) |
|---|---|---|
Foto yang memenuhi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) | $12.32 | 38.00 |
Fotokopi | $0.46 | 1.00 |
Perkhidmatan Kurier Sehala (setiap pakej) untuk penyerahan pasport | $28.72 | 89.00 |
Perkhidmatan Kurier Sehala (setiap pakej) untuk pemulangan pasport | $28.72 | 89.00 |
SMS | $3.00 | 9.00 |
Pencetakan | $0.46 | 1.00 |
Harga perkhidmatan (setiap pemohon)
| Harga perkhidmatan (setiap pemohon) | Jumlah dalam CAD (termasuk VAT) | Jumlah dalam MYR (termasuk VAT) |
|---|---|---|
| Penghantaran Pakej – (setiap permohonan) | $22.79 | 71.00 |
| Perkhidmatan Bantuan-Permohonan Bercetak – (setiap permohonan) | $12.21 | 38.00 |
| Stesen Kerja Layan Diri – (setiap jam) | $10.80 | 33.00 |
| Perkhidmatan Bantuan-Borang Dalam Talian (eTA) – (setiap borang) | $3.00 | 9.00 |
| Foto yang memenuhi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) – (setiap pemohon) | $12.32 | 38.00 |
| Perkhidmatan Fotokopi – (setiap helai) | $0.46 | 1.00 |
| Perkhidmatan Kurier Sehala (setiap pakej) untuk penyerahan pasport | $28.72 | 89.00 |
| Perkhidmatan Kurier Sehala (setiap pakej) untuk pemulangan pasport | $28.72 | 89.00 |
| Pemberitahuan SMS – (setiap permohonan) | $3.00 | 9.00 |
| Perkhidmatan Bantuan-Mengimbas – (setiap helai) | $1.00 | 3.00 |
| Perkhidmatan Pencetakan – (setiap helai) | $0.46 | 1.00 |
*Caj perkhidmatan termasuk semua cukai tempatan yang dikenakan dan tertakluk kepada perubahan seperti pemberitahuan kerajaan.
**Kadar pertukaran CAD ditentukan oleh kerajaan Kanada.
Caj perkhidmatan baharu akan berkuat kuasa mulai 01 Mei 2026.
Tarikh penyerahan bagi permohonan kiriman pos akan menjadi tarikh di mana Pusat Permohonan Visa menerima permohonan. Jika permohonan kiriman pos diterima dan tidak termasuk bayaran yang betul untuk caj perkhidmatan semasa, pemohon akan dihubungi untuk membayar perbezaan atau permohonan itu akan dikembalikan kepada pemohon.
Stesen Kerja Layan Diri Pusat Permohonan Visa:
Anda mungkin perlu menunggu untuk menggunakan Stesen Kerja Layan Diri Pusat Permohonan Visa jika terdapat ramai pengunjung di Pusat Permohonan Visa. Masa menunggu akan berbeza-beza.
Sila bawa pemacu kilat USB mudah alih jika anda bercadang untuk menggunakan Stesen Kerja Layan Diri Pusat Permohonan Visa dan pastikan anda membawanya semula selepas selesai menggunakan stesen kerja tersebut. Pusat Permohonan Visa akan cuba memaklumkan kepada anda jika anda secara tidak sengaja meninggalkan pemacu kilat anda di Stesen Kerja Layan Diri dan akan memusnahkan sebarang peranti yang tidak dituntut dalam tempoh 48 jam.